:::: MENU ::::

4/25/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 400gm tpg gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin (cairkan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis (akak pakai susu tepung je)
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1/2 sudu teh soda bikerbonat
  • minyak utk goreng
Cara menyediakan dan memasak:
  1. campur semua sekali kecuali tepung. kacau sebati.
  2. pastu masukkan tepung sket2 dan uli lagi. kalu agak2 macam lembik sangat sampai susah nak uli,tambah tepung sket lagi hehe...biasa la edit2 nih...
  3. kalu ikut cara betul kena uli sampai tak melekat.tapi akak dah tak larat..tinggalkan je...agak2 lebih dari setengah jam bleh le uli lagi..tabur sket tepung untuk mudahkan.
  4. canai agak2 4-5cm memanjang..potong memendek anggaran 1-1.5 inci. nak cantumkan dua cakoi tu,basahkan lidi n gores kat tengah2 cakoi pertama.just nak bagi dia melekat je.pastu amik 1 lagi dan letak atasnya.
  5. bila minyak dah panas,baru angkat cakoi tadi n tarik sket sebelum buh dalam minyak..sebab tu dia nampak panjang. saiz asal setengah je dari tu hehe.





Bahan-bahan diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur: kacang tanah yang sudah dikisar
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang.
  2. Masukkan soda bikarbonat, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. Adunan siap.
  4. Oleskan planta di permukaan kuali dan tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika, sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat dua sebelum dipotong. Selamat mencuba!

4/23/20




Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pelawat-pelawat blog 1001resepimama.blogspot.com
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan kepada kita semua.
Salam Ramadhan dari saya, Jom Memasak! J

4/17/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 2 cawan Milo 
  • 3 sudu besar serbuk koko 
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat 
  • lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan) 
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Dengan api kecil, cairkan mentega 
  2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati 
  3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan 
  4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul 
  5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin 
  6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan 
  7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan 
  8. Hias dengan kepingan Oreo 
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman 
  10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

4/8/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 sudu majerin
  • 500ml air
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula (tapi tak letak gula)
  • 1 biji telur
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Taburkan tepung di atas meja/dulang .
  2. Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
  3. Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
  4. Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
  5. Tuang air sedikit demi sedikit.
  6. Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
  7. Biarkan doh tadi selama 2 jam.
  8. Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
  9. Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
  10. Doh sedia untuk di canai.

3/3/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2  garam
  • minyak masak
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Tepung gandum, air & garam masukkan dalam blender...kisar sampai tepung tak berketul. Adunan mmg cair.
  2. Panaskan kuali lagi elok guna non stick pan. Masukkan sikit minyak masak,ambil sesenduk adunan dan ratakan. Masak dengan api slow. Bila dah masak, balikkan yg sebelah bawah pula.
  3. Bila dah agak kekuningan kira dah masak lah tu. Siap utk dimakan dgn kari ikan atau sardin cili api.


2/25/20




Bahan-bahan diperlukan:
BAHAN A (BAHAGIAN BAWAH)

1. Beras pulut 400gm / 2 cawan
2. Santan cair 2 cawan (sama sukatan pulut)
3. Garam 1 sudu

BAHAN B (BAHAGIAN ATAS)

1. Tepung gandum 1 cawan
2. Garam 1/2 sudu
3. Santan pekat 2 cawan
4. Daun pandan 
5. Air 150ml
6. Pewarna hijau
Cara menyediakan dan memasak:
Cara-Cara Bahagian Bawah (Bahan A)

1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2. Masukkan beras pulut kedalam loyang
3. Ratakan beras pulut dalam loyang
4. Campurkan santan bersama beras pulut (masukkan 1 sudu garam ke dalam santan)
5. Pastikan sukatan santan dan pulut sukatannya sama.
6. Kukus selama 30minit.
7. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang
8. Sedia untuk dilapis degan lapisan atas.

Cara-Cara Bahagian Atas (Bahan B)

1. Masukkan tepung gandum
2. Masukkan garam
3. Masukkan santan
4. Kacau semua bahan
5. Kisar daun pandan dan tapis untuk dijadikan air pandan
6. Campurkan pewarna hijau
7. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati
8. Tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan
9. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
10. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap
11. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang
12. Selepas itu, barulah dipotong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan
***Tips : Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Pastikan pisau dicelupkan  ke dalam air baru potong mengikut saiz yang dikehendaki. Buang sisa pulat yang melekat pada pisau baru sambung memotong. 


2/17/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 pinggan nasi
  • 1 ketul sardin tin
  • 5 biji cili api ( nak pedas + la )
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sb sayur campur
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 sb bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Tumbuk bawang2 dan separuh ikan bilis bersama cili.
  2. Panaskan minyak, goreng separuh lagi ikan bilis tadi.
  3. Ikan bilis dah garing, masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan sayur campur, kacau lagi sampai sayur agak2 layu.
  5. Masukkan pula sardin yang dah dihancurkan. Kacau lagi.
  6. Masukkan garam n aji. Kacau. Masukkan pula nasi. Kacau sekata.
  7. Last sekali masukkan bawang goreng dan daun bawang. Gaul lagi.
  8. Siap. Selamat menjamu selera


2/5/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 2 cawan tepung pulut
  • lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
  • 1/2 sudu teh garam
  • inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde
  • utk dadih;
  • 21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan
  • *jika nk buat kuah banyak/cam bubur, bubuhla gula sekadar manis2 buah sj..
Cara menyediakan dan memasak:
  1. campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
  2. bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
  3. campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
  4. ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.
  5. didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
  6. bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
  7. terus masukkan kedalam dadih tadi..
  8. siap utk hidangan family tersayang.

1/31/20




Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan air 
  • 7 helai daun pandan 
  • ½ cawan santan 
  • 3 sudu makan minyak 
  • 1 sudu teh pewarna hijau 
  • Sedikit garam
Bahan B (Inti)
  • 1 cawan kelapa parut muda 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan air 
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan. 
  2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak. 
  3. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan lengganglenggangkan supaya adunan rata dan nipis. 
  4. Apabila masak, angkat dan letakkan di atas pinggan. 
  5. Letakkan inti di tengah-tengahnya. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kemudian gulung ketayap kemas-kemas. 
  6. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
Cara Membuat Inti
  1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk. 
  2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga sebati dan lembap. Angkat dan sejukkan. 

1/13/20




Bahan-bahan diperlukan:
  • 5 cawan beras (jika menggunakan beras Brasmathi boleh ditambah beras biasa)
  • 1 kilo daging (bahagian lembut tanpa lemak)
  • 1 paket serbuk kari (peket kecil)
  • 1 paket sup bunjut adabi
  • Penumis (bunga lawang, kayu manis, dan pelaga)
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 1 cawan tomata puree
  • 1 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan serbuk kari daging (yang telah masukkan dengan air) bersama sup bunjut sehingga garing.
  2. Masukkan daging yang telah dipotong dadu kedalam periuk tadi dan masukkan 2 jag air. Tujuan nya adalah untuk melembutkan daging dan menyediakan stok daging.
  3. Beras di basuh dan ditoskan
  4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan penumis dan halia sehingga wangi. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan tadi, kacau sebentar sebelum masukkan daging dan air rebusan daging tadi. (Sukatan air rebusan daging adalah bagi yang menggunakan brasmathi sukatan adalah 1 nisbah 1 tetapi untuk beras biasa 1 nisbah 1 1/2)
  6. Apabila nasi hampir masak masukkan tomato puree dan susu cair dan biarkan sehingga masak.
  7. Nasi Daging biasa nya dimakan bersama kuah asam iaitu (hirisan bawang, tomato yang dipotong dadu, bunga kantan, cili hijau/merah dan digaul dengan air asam dan perahan limau kasturi serta garam dan gula)


12/30/19




Bahan-bahan diperlukan:
  • LAKSAM
  • 3 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air

  • KUAH LAKSAM
  • 1 kg ikan selayang (direbus dengan 3 keping asam keping)
  • 3 inci halia
  • 3 keping asam keping
  • bawang besar 3 biji
  • santan segera 2 kotak kecil
  • air, garam dan perasa
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara menyediakan dan memasak:
  1. panaskan pengukus
  2. untuk buat laksam, blander tepung beras,tepung gandum dengan air sehingga tidak berketul2. (kalau tak muat blander, buat sikit2)
  3. sapu tudung periuk dengan minyak & letak dlm pengukus.
  4. tuang bancuhan laksam atas tudung periuk. kemudian kukus 5 minit kalau laksam dah gelembung maknanya dia dah masak.
  5. keluarkan dr pengukus gulung
  6. ulang sampai habis dan biarkan sejuk.

KUAH LAKSAM
  1. Rebus ikan dengan asam keping dan garam kemudian ambik isinya.
  2. Blander isi ikan dan air rebusan dengan bawang dan halia hingga betul2 lumat boleh tambah sedikit air.
  3. Didihkan kuah masukkan asam keping garam dan perasa.
  4. Bila dah mendidih masukkan santan sentiasa kacau supaya tidak berketul2. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
  5. Potong laksam, letak ulam, timun, salad, timun dan kacang, taugeh atau apa je laa kemudia curahkan kuah. Letak sedikit belacan bakar lg sedap.


10/10/19




Bahan-bahan diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng
Cara menyediakan dan memasak:
  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...