Sunday, July 9, 2017

Udang Buttermilk

Edit Posted by with No comments

Bahan-bahan diperlukan:

  • udang besar dlm 10 ekor
  • serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • daun kari 3 batang
  • 2 sudu butter atau mentega
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • setengah tin susu cair (nak lebih pun boleh)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul udang dgn garam dan serbuk kunyit,gorengkan sampai udang masak.jgn terlalu garing
  2. Pada kuali lain, masuk kan butter dan tumis bwg putih dan cili padi,daun kari
  3. Masuk kan serbuk kari dan susu cair,masak sampai kuah pekat.bubuh udang,perasa,garam dan gula..gula bubuh byk sikit bia ada rasa manis,lemak,masin

Siakap Stim Lemon Dan Limau

Edit Posted by with No comments

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor siakap cuci dgn tepung
  • 2 serai (hiris halus)
  • 2 bwg merah hiris
  • 3 bwg putih cincang
  • 5 cili padi potong bulat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ayam / 1 sudu besar cukup rasa
  • 2 sudu kicap ikan
  • 1 biji air perahan lemon
  • 3 biji air perahan limau nipis
  • 3 cm halia hiris

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bwg merah, serai, bwg putih, halia, cili
  2. Dalam bekas kecil campurkan sos tiram, kiub ayam, kicap ikan, gula, garam, air lemon dan limau dan sdikit air.ejas rasa smpai masam manis masin cukup
  3. Masuk ikan dalam pinggan untk stim, masuk kan campuran cecair td dan tumisan ke ats ikan
  4. Kukus ikan sampai masak

Saturday, July 8, 2017

Rendang Ikan Tongkol

Edit Posted by with No comments

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • Gula melaka - secukup rasa
  • Maggi® CukupRasa™ - secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Bahan hiris : 2 helai daun kunyit
  • 8 helai daun limau purut
  • Bahan kisar : 12 biji cili merah (boleh tambah cili padi kalau nak lebih pedas)
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 15 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong ikan 2 cm tebal. Lumur ikan dengan air limau atau air asam jawa dan sedikit garam. Perap 15 minit dan bilas bersih. Goreng ikan yang telah dibilas, jangan terlalu garing, agak-agak dah elok masak, angkat dan toskan.
    12985434 1304935902866742 8514652282975600832 n
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kunyit, daun limau hingga naik bau.
    12936690 1304935989533400 436918476051466495 n
  3. Masukkan santan dan Maggi® CukupRasa™ secukup rasa. Masak hingga rendang pekat. Sesuaikan rasa, tambah Maggi® CukupRasa™ jika perlu. Kacau sebati. Tutup api.
    12932751 1304935786200087 4847609690133453227 n
  4. *** Biasanya untuk memasak rendang, penggunaan kuali lebih memudahkan kerja2 mengacau rendang hingga pekat atau kering. Kalau guna periuk susah dan kemungkinan ikan akan hancur. *** Kalau nak rendang yang sedikit berkuah jangan masak sampai kering sangat. Bila dah pekat tutup api. Kacau selalu supaya tak hangit. *** Rendang ni sedap dimakan dengan nasi panas.
    12928378 1304933449533654 1417698273820444613 n

Nasi Goreng Cina

Edit Posted by with No comments

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan nasi putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • Ayam
  • Udang
  • 2 biji telur
  • Sayur campur
  • Garam
  • Lada putih
  • Minyak bijan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak bijan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
  4. Masukkan udang dan tumis hingga masak.
  5. Masukkan sayur campur; gaul.
  6. Masukkan garam dan lada putih; gaul.
  7. Masukkan telur, dan biarkan masak.
  8. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
  9. Hidang!

Rendang Daging

Edit Posted by with No comments

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

  • Bawang kecil 4-5 ulas
  • Bawang besar 4-5 biji
  • Serai 4-5 batang
  • Cili 2-3 biji (ikut selera)
  • Lengkuas muda 2 inci

Bahan B

  • Daging
  • 1 mangkuk kecil Cili boh
  • 1 kotak santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam, Gula (sesedap rasa)
  • 1 mangkuk serbuk kari daging

Cara menyediakan dan memasak:

  • Kisar semua bahan A
  • Panaskan kuali, dan masukkan minyak.
  • Timas cili boh dan masukkan  bahan kisaran tadi (Bahan A)
  • Kacau semua bahan sehingga sebati
  • Seterusnya, masukkan serbuk kari daging dan kacau lagi
  • Masukkan bahan perasa (gula dan garam) secukup rasa
  • Masukkan daging dan kacau sehingga separuh masak.
  • Tambah sedikit air dan masukkan 3 sudu kerisik dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan santan pekat dan masak sehingga daging empuk.


Siap! Sedia untuk dihidangkan!

Biskut Almond London

Edit Posted by with No comments

Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 gm butter
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun bolih ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
    Open uri20151010 29872 bw20nz
  6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
    Open uri20151010 29872 y8p2xc
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
    Open uri20151010 29872 1orb4tq
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap
    Open uri20151010 29872 1eo1brj