Saturday, July 8, 2017

Rendang Ikan Tongkol

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • Gula melaka - secukup rasa
  • Maggi® CukupRasa™ - secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Bahan hiris : 2 helai daun kunyit
  • 8 helai daun limau purut
  • Bahan kisar : 12 biji cili merah (boleh tambah cili padi kalau nak lebih pedas)
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 15 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong ikan 2 cm tebal. Lumur ikan dengan air limau atau air asam jawa dan sedikit garam. Perap 15 minit dan bilas bersih. Goreng ikan yang telah dibilas, jangan terlalu garing, agak-agak dah elok masak, angkat dan toskan.
  2. Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kunyit, daun limau hingga naik bau.
  3. Masukkan santan dan Maggi® CukupRasa™ secukup rasa. Masak hingga rendang pekat. Sesuaikan rasa, tambah Maggi® CukupRasa™ jika perlu. Kacau sebati. Tutup api.
  4. *** Biasanya untuk memasak rendang, penggunaan kuali lebih memudahkan kerja2 mengacau rendang hingga pekat atau kering. Kalau guna periuk susah dan kemungkinan ikan akan hancur. *** Kalau nak rendang yang sedikit berkuah jangan masak sampai kering sangat. Bila dah pekat tutup api. Kacau selalu supaya tak hangit. *** Rendang ni sedap dimakan dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment