:::: MENU ::::

9/25/17



Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 250 g susu segar 
  • 1 sudu makan jus lemon 
  • 3 sudu teh cuka 
  • 150 g mentega 
  • 160 g gula perang 
  • 2 biji telur (gred A) 
  • 3 sudu makan pewarna merah
Bahan B (Diayak)
  • 300 g tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • ½ sudu teh soda bikarbonat 
  • 30 g serbuk koko
Bahan C (Krim Keju)
  • 250 g krim keju 
  • 100 g mentega 
  • 120 g gula aising (diayak) 
  • 1 sudu makan jus oren Sunquick

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Kek
  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). 
  2. Gaul susu segar, jus lemon, dan cuka. Biarkan 10 minit. 
  3. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu. 
  4. Masukkan telur satu per satu dan pewarna merah. 
  5. Masukkan semua bahan B dan susu segar yang dicampurkan dengan jus lemon. Kacau rata. 
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. 
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 1 jam. 
  8. Sejukkan. Hiaskan dengan krim keju.
Cara Membuat Krim Keju
  1. Masukkan semua bahan C di dalam mangkuk dan pukul sehingga gebu. 
  2. Hiaskan di atas kek yang sudah disejukkan. 
  3. Sedia dihidangkan.

9/14/17



Bahan-bahan diperlukan:
Sandwich pizza pepperoni:
1.      Roti
2.      Mentega 
3.      Sos pasta 
4.      Pepperoni 
5.      Mozarella

Sandwich pizza hawaiian chicken:
1.      Roti 
2.      Mentega 
3.      Sos pasta 
4.      Ayam (yang sudah dimasak) 
5.      Kepingan nenas 
6.      Mozarella 

Cara menyediakan dan memasak:
Sandwich pizza pepperoni:
1.      Sapukan mentega dan sos pasta ke atas roti 
2.      Tambah pepperoni dan mozarella 
3.      Bakar di dalam sandwich maker selama 5 minit* 

Sandwich pizza hawaiian chicken:
1.      Sapukan mentega dan sos pasta ke atas roti 
2.      Tambah ayam, nenas dan mozarella 
3.      Bakar di dalam sandwich maker selama 5 minit

9/12/17



Bahan-bahan diperlukan:
1.      2 telur 
2.      ¼ cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL 
3.      ½ bawang besar (dicincang) 
4.      2 ulas bawang putih (dicincang) 
5.      1 sudu kecil serbuk kari 
6.      100g daging cincang 
7.      Roti hot dog 
8.      Kobis (diparut) 
9.      Lobak merah (diparut) 
10.  Tomato (dihiris) 
11.  Sos cili & mayones 
12.  Garam 
13.  Mentega
Cara menyediakan dan memasak:
1.      Pukul telur bersama susu. 
2.      Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih.
3.      Masukkan daging, serbuk kari, dan garam. Gaul sehingga masak dan tuangkan adunan telur ke atas daging.
4.      Apabila sudah sedikit masak, tekapkan roti hot dog ke atas adunan. 
5.      Balikkan roti dan tabur kobis, lobak merah, dan tomato. 
6.      Hidang bersama sos cili dan mayones.