:::: MENU ::::

12/29/18



Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan:
1.      2 1/2 cawan air
2.      1/2 cawan sagu
3.      3/4 cawan gula
4.      1 sudu kecil perisa ros
5.      1 sudu kecil pewarna merah
6.      2 helai daun pandan
7.      -1 cawan kelapa parut
8.      1/2 sudu kecil garam
9.      Minyak

Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1.      Di dalam periuk, masukkan air, sagu, gula, perisa ros, pewarna merah dan daun pandan. Reneh hingga pekat.
2.      Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan sagu dan kukus selama 20 minit. Kemudian, sejukkan 20 minit. Kemudian, sejukkan sehingga menjadi keras.
3.      Gaul kelapa parut bersama garam.
4.      Potong kuih sagu dan salutkan dengan kelapa parut.
5.      Siap untuk dihidang!
6.      Pasti menggamit kenangan masa disekolah dulu2


12/26/18



Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan (macaroni):
1.      Air
2.      1 sudu kecil garam
3.      200g macaroni

Bahan-bahan (sos):
1.      2 sudu besar mentega
2.      2 sudu besar tepung gandum
3.      5 cawan susu
4.      1 sudu kecil garam
5.      1 sudu kecil lada hitam
6.      1 cawan cheddar
7.      1 cawan mozzarella

Bahan-bahan (topping):
1.      Breadcrumbs
2.      Mixed herbs

Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan garam. Kemudian masukkan macaroni.
2. Rebus hingga masak. Kemudian toskan.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan susu, garam dan lada hitam.
5. Kacau selama 5 minit. 
6. Tutup api dan masukkan cheddar dan mozarella.
7. Kacau hingga pekat.
8. Masukkan macaroni dan gaul hingga rata. Kemudian, masukkan dalam bekas bersapu mentega.
9. Tabur breadcrumbs dan mixed herbs.
10. Bakar selama 30 minit dengan suhu 175°C.
11. Siap untuk dihidang!


12/24/18



Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan (sos pad thai):
1.      1/4 cawan air asam jawa
2.      1/4 cawan sos ikan
3.      3 sudu besar cili kisar
4.      3 sudu besar gula
5.      1 sudu kecil garam

Bahan-bahan selebihnya:
1.      1/2 biji tauhu
2.      1 biji bawang besar (dihiris)
3.      3 ulas bawang putih (dihiris)
4.      10 ekor udang
5.      150g mi pad thai (direndam)
6.      1 biji telur
7.      Daun bawang
8.      Taugeh

Bahan-bahan (topping):
1.      Limau nipis
2.      Kacang goreng kisar
3.      Chili flakes
4.      Daun ketumbar

Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1.      Gaul kesemua bahan sos pad thai.
2.      Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu.
3.      Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis.
4.      Masukkan udang dan tumis hingga masak.
5.      Masukkan mi pad thai dan gaul.
6.      Masukkan sos pad thai dan gaul rata.
7.      Masukkan daun bawang dan taugeh. Gaul.
8.      Pecahkan telur ke dalam kuali. Apabila sudah masak, hancurkan dan gaul.
9.      Hidangkan pad thai bersama limau, kacang goreng kisar, chili flakes dan daun ketumbar.



12/17/18



Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan: 
1.      2 biji ubi kentang (direbus)
2.      200g daging kisar (dimasak)
3.      1 sudu kecil garam
4.      1 sudu kecil lada putih 
5.      3 sudu besar daun bawang
6.      Tauhu (digoreng)
7.      Telur

Bahan-bahan (topping):
1.      Cili padi
2.      Bawang goreng
3.      Daun bawang

Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1.      Lenyekkan ubi kentang.
2.      Masukkan daging kisar, daun bawang, garam dan lada putih.
3.      Sumbat inti ke dalam tauhu goreng.
4.      Salut dengan telur dan goreng hingga warna keemasan.
5.      Tabur cili padi, daun bawang dan bawang goreng sebagai topping.


12/16/18



Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan:
1.      2 biji telur
2.      1 sudu kecil tepung jagung
3.      2 cawan stok ayam
4.      1 sudu besar minyak bijan
5.      Tepung jagung (dibancuh dengan air)
6.      1 sudu kecil garam
7.      Daun bawang (jika mahu)

Cara menyediakan dan memasak:
Cara-cara:
1.      Gaul telur dengan 1 sudu kecil tepung jagung.
2.      Di dalam periuk, panaskan stok ayam dan minyak bijan.
3.      Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar mendidih.
4.      Tuang adunan telur perlahan-lahan dan teruskan mengacau.
5.      Masukkan garam dan kacau.
6.      Siap untuk dihidang! Tabur dengan daun bawang jika mahu.




Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
1.      500 g perut 
2.      2 cawan air 
3.      1 batang serai (Diketuk) 
4.      1 inci halia 
5.      1 keping asam gelugur 
6.      5 biji jus limau kesturi
7.      1 sudu kecil gula 
8.      Garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris)
1.      1 biji mangga separa masak 
2.      1 labu bawang besar 
3.      ½ cawan daun pudina 
4.      3 biji cili merah 
5.      3 biji cili hijau

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Basuh perut kemudian hiris kecil. 
2.      Masukkan perut, air, serai, halia, asam gelugur, dan garam ke dalam
pemanggang ajaib dan rebuskan selama 15 minit dengan api yang
kecil. Angkat dan tuskan. 
3.      Masukkan perut dan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk
besar. 
4.      Gaul rata semua bahan. Rasakan masam dan masinnya. 
5.      Hidangkan bersama nasi putih.



Bahan-bahan diperlukan:
1.      ½ cawan air 
2.      ½ cawan gula melaka/ gula merah 
3.      3 helai daun pandan  (Dikoyak dan simpul) 
4.      1 cawan santan 
5.      5 biji telur 
6.      4 sudu makan tepung gandum (Diayak) 
7.      Sedikit garam 
8.      Sedikit minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Masakkan air bersama gula melaka dan daun pandan sehingga mendidih. Padamkan api dan tapiskan. 
2.      Masukkan santan dan garam. Apabila sudah agak suam, masukkan telur dan tepung. Kacau rata sehingga sebati. Tapiskan lagi. 
3.      Panaskan acuan mufin yang disapukan sedikit minyak di dalam oven pada suhu 180ÂșC menggunakan api atas dan bawah. 
4.      Tuangkan bancuhan dan bakar selama 10-12 minit. 
5.      Keluarkan dan hidangkan.