:::: MENU ::::

1/24/19



Bahan-bahan diperlukan:
1.      3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
2.      4 keping roti gardenia
3.      3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
4.      2 cawan air suam
5.      1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
6.      Sedikit esen vanilla
Cara menyediakan dan memasak:
1.      Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus, kemudian ketepikan.
2.      Panaskan pengukus, sambil tu carik-carik kan roti, kemudian blender bersama air suam dan susu.
3.      Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
4.      Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang 30-40 minit.

1/14/19



Bahan-bahan diperlukan:
1.      1 kg beras basmati 
2.      2 labu bawang besar 
3.      3 ulas bawang putih 
4.      2 inci halia 
5.      4 biji cili hijau 
6.      3 biji buah pelaga 
7.      4 kuntum bunga cengkih
(Semua bawang besar, bawang putih, halia, cili hijau, buah pelaga & bunga cengkih dikisar bersama)
8.      3 sudu makan serbuk kari ayam 
9.      2 sudu makan tomato puri 
10.  1 sudu makan garam masala 
11.  1½ liter air 
12.  1 cawan dadih asli  
13.  ½ cawan kismis 
14.  1 ekor ayam (Dipotong 8) 
15.  ½ cawan gajus goreng 
16.  ½ cawan bawang goreng 
17.  2 pokok daun bawang (Dihiris) 
18.  3 sudu makan minyak sapi 
19.  Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan. 
2.      Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan yang dikisar
sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk kari ayam. 
3.      Masukkan tomato puri dan garam masala. Kacau sehingga pecah
minyak. 
4.      Masukkan air, dadih, kismis dan garam. Biarkan mendidih. 
5.      Masukkan ayam dan beras. Kacau rata sehingga sebati.
Masakkan sehingga nasi kering. 
6.      Hiaskan dengan gajus goreng, bawang goreng dan hirisan daun
bawang.

1/10/19



Bahan-bahan diperlukan:
1.      1cawan air
2.      1/2 cawan mentega or marjerin
3.      1 cawan tepung gandum
4.      Secubit garam
5.      3 biji telur
6.      1 sudu kecil esen vanilla
7.      Sos kastard:
8.      1 cawan susu cair or susu tepung
9.      1 sudu besar tepung kastard
10.  1 biji telur
11.  1 sudu kecil esen vanilla
12.  1 cawan gula makan

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api.
2.      kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat pada periuk. Keluarkan.
3.      Dalam bekas lain, doh tadi masuk sebiji demi sebiji telur dan kacau sehingga sebati sehingga semua habis. 
4.      Masukkan esen vanilla, kacau sebati sehingga likat.
5.      Setelah selesai masukkan bahan PUFF tadi ke dalam piping beg, dan picit kan ke atas dulang pembakar yang sedia dialas kertas foiled atau disapu butter.
6.      Picitkan dalam kaedah meninggi, jika melebar, setelah masak puff itu kan menjadi leper. Masukkan ke dalam oven, dalam suhu 200c selama 20minit, atau setelah kelihatan perang dan mengembang
7.      Sos kastard: Masukkan semua bahan dalam  periuk dan kacau sehingga likat.
8.      Proses: Setelah puff masak, belah di tengah puhh separuh sahaja dan picit kan cream kastard di lubang tsebut menggunakan piping beg.

1/4/19



Bahan-bahan diperlukan:
1.      Dough;
2.      250g tepung roti
3.      1 camca teh baking powder
4.      1/4 camca teh bicarbonate soda
5.      1/4 camca teh garam
6.      150ml susu
7.      1 sudu besar gula
8.      45g mayonnaise
9.      Inti;
10.  Sepotong bawang besar-dicincang(dlm 1-2 sudu besar)
11.  Seulas bawang putih-diracik halus
12.  50g daging ayam-dipotong dadu
13.  Sebiji kentang-dipotong dadu
14.  Sebiji telur-scramble egg (optional)
15.  2 sudu besar mix vege
16.  1 sudu besar serbuk kari
17.  Garam dan gula secukup rasa
18.  Coating;
19.  Sebiji telur
20.  20g serbuk roti
21.  Minyak utk menumis dan menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Inti-tumis bawang besar dan bawang putih.
2.      Masukkan ayam, kentang dan sedikit air.
3.      Selepas 5minit (lebih-kurang ayam dan kentang separuh masak/empuk), masukkan mix vege, scramble egg dan serbuk kari yangg dah dilarutkn dlm air panas.
4.      Masukkan air secukupnya hingga kentang empuk.
5.      Tambah garam dan gula secukup rasa.masak hingga kering.
6.      Dough-gaul semua bahan, uli hingga sekata.
7.      Bahagikan kpd 8-10 bahagian(bulat2).
8.      Tekan-tekan/tarik-tarik biar jadi kepingan bulat yg leper(lagi nipis lagi bagus..boleh letak inti byk2).
9.      Letak inti atas kepingan dough(1-2 sudu/semaksimum yg boleh) kemudian tutup rapat2.
10.  Celupkan roti yg sudah siap dlm telur yg dipukul kemudian guling2kn atas serbuk roti.
11.  Masak dgn minyak byk(kalau minyak separuh je, pandai2la paling2kan supaya masak sama-rate) sampai warna keperang-perangan.

1/2/19



Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
1.      500 g udang besar ataupun udang galah 
2.      3 sudu makan serbuk rempah kari ikan 
3.      ½ cawan air asam jawa (Dibancuh bersama rempah kari ikan)
4.      3 biji tomato (Dibelah 4)
5.      1 labu bawang besar (Dibelah 4)
6.      4 biji cili merah (Dibelah 2) 
7.      5 sudu makan minyak masak 
8.      Garam secukup rasa 

Bahan B (Tumisan)
1.      4 biji bawang merah (Dihiris halus)
2.      2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
3.      1 sudu makan halba campur 
4.      3 tangkai daun kari

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
2.      Masukkan serbuk rempah kari yang sudah dibancuh dengan asam jawa. Kacau rata sehingga pecah minyak dan pekat. 
3.      Masukkan udang, 2 biji tomato, bawang besar, 2 biji cili merah, dan garam. Kemudian kacau lagi.
4.      Masak sehingga pecah minyak dan pekat. 
5.      Hiaskan dengan belahan tomato dan 2 biji cili merah. 
6.      Sedia dihidangkan.