:::: MENU ::::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa saya ?

Bak pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta. Makanya marilah kita berkenalan. Saya ni pemalu orangnya. Cukup lah kenal saya sebagai JM singkatan pada Jom Memasak! Malu saya tak boleh dibawa berbincang. Panggil jm pun tak apa. Hehehh

Bila mula berblog ?

Jm mula berblog pada awal tahun 2017. Entri pertama yang bertajuk Homemade Black Pepper Sauce pada tanggal 08/03/2017. Kalau difikirkan semula, agak kelakar dengan entri tersebut kerana resepi tersebut amat mudah dan siapa je nak cari resepi tersebut. Tetapi setelah sekian lama, jm mendapati ramai visitor melawat entri tersebut. Itu menjadi pembakar semangat jm untuk terus berblogging.

Tujuan blog ?


Kalau diikutkan, blog ni sekadar nak habiskan masa lapang saja. Masa jadi student banyak masa terluang. Jm pun suka memasak kalau ada kelapangan waktu. Dengan itu, Terhasilah blog 1001resepimama . Jm harap. Sudi-sudilah melawat blog yang entah ape-ape ni. 

Apalagi, jom le memasak!