Bahan-bahan diperlukan:
· 3 ekor ikan keli (Dibersihkan)
· 15 biji cili api
· 1 kunyit hidup
· 1 cawan air
· (Cili api, kunyit hidup dikisar bersama air)
· 2 batang serai (Diketuk)
· 1 cawan kulit rambai (Dihiris)
· 1 cawan santan pekat
· 1 sudu teh serbuk kunyit
· Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Lumurkan ikan keli dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Bakar ikan menggunakan pemanggang sehingga masak.
3. Masukkan ikan keli, bahan yang dikisar, serai, kulit rambai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak.
5. Sedia dihidangkan.
thank sahring resepi..:)
ReplyDeleteWelcome. Selamat mencuba:)
Delete