:::: MENU ::::

10/27/17




Bahan-bahan diperlukan:
  • Bahan A- (Rempah)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 kuntum bunga lawang
  •  
  • Bahan B
  • 800 gram - 1kg ayam
  • sedikit saffron
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 inci halia
  • Minyak sapi untuk menggoreng
  • Bahan C
  • 150 gram bawang besar
  • 20 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 40 gram kismis
  • 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
  •  
  • Bahan D
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 200 ml susu sejat
  • Sedikit saffron
  • 1/2 cawan penyukat sos tomato
  • 700 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Sediakan rempah-rempah di A. Basuh bersih didalam tapis. Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali. 



2.    Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus.      
Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram. 



3.    Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian      
lumurkan pada  ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi. Goreng separuh masak sahaja.

4.    Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula   
goreng bawang besar. Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng, hati ayam dipotong dadu.




5.    Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar
6.     Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron. Gaul rata di dalam sebuah bekas
  1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Kemudian masukkan semua campuran di No 6. Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  2. Masukkan baki air. Kemudian masukkan kacang tanah, kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat. Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi, roti jala atau bun.
Categories:

0 comments:

Post a Comment