Tuesday, November 21, 2017

Sup Ikan Haruan



Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersih dan dipotong kecil) 
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 cawan air 
  • 1 inci kunyit hidup (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 keping asam gelugur 
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 pokok daun sup (Diracik) 
  • 2 sudu makan bawang goreng 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia sehingga naik bau. 
  2. Masukkan air, kunyit hidup, lada hitam, cili merah, asam gelugor, dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
  3. Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutupkan api. 
  4. Sedia dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.

2 comments:

  1. Sup ikan haruan mmg bagus untuk orang baru lepas pembedahan. GV dah follow google plus kak. Tapi GV tak jumpa link follow untuk blog kak. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul tu. Thanks follow G+ sy kak. Link untuk follow blog memang tak buat sebab blog picisan je nih. Lain lah blog kak GV. Hehehh

      Delete