Bahan-bahan diperlukan:
1.
Mentega 150g
2.
Gula ising 50g
3.
Tepung ubi
kentang (potato starch) 150g *terdapat di kedai baking dan hypermarket*
4.
Tepung gandum
100g
5.
Optional/pilihan:
Esen vanila, jus lemon, serbuk koko, pewarna, hiasan: gula manik, tinted sugar,
dll
Cara menyediakan dan memasak:
1.
Lembutkan
mentega pada suhu bilik. Campur mentega dan gula ising, kemudian pukul sehingga
sebati.
2.
Satukan tepung
kentang dan tepung gandum, kemudian ayak. Masukkan campuran tepung ke dalam
adunan mentega dan gula.
3.
Uli adunan
sehingga menjadi doh. Sekiranya adunan lembik, simpan dalam peti sejuk selama
5-10 minit atau tambahkan tepung.
4.
Ambil sedikit
doh dan bentukkan menjadi bebola kecil. Tekan bebola dengan belakang garfu
sehingga separa leper.
5.
Bakarkan dalam
oven yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15minit (bergantung pada oven
masing-masing). Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap
udara.
Wow sedapnya
ReplyDeleteCuba lah kak. Hehehh:)
Delete