:::: MENU ::::

6/6/19



Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan)
  • 4 bawang merah (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
  • 2 biji telur
  • 2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu...tabur sedikit garam ketika menggorengnya)
  • sayur (boleh guna sawi/ kubis)
  • kicap cair
  • 4 tangkai cili padi (optional)
  • 1 peket perencah kari Maggi
  • daun bawang (potong kecil2)
  • minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
  4. Tambahkan sayur, cili padi dan tauhu. Kacau rata.
  5. Masukkan maggi mi dan perencah kari maggi. Gaul sebati.
  6. Pastikan maggi goreng anda cukup rasa...kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
  7. Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Sedia dihidang...!
  8. ***Jika x mahu maggi hancur ketika menggaul, buat perlahan2...ataupun gunakan 2 garfu dan gaul.

0 comments:

Post a Comment