:::: MENU ::::

1/4/19



Bahan-bahan diperlukan:
1.      Dough;
2.      250g tepung roti
3.      1 camca teh baking powder
4.      1/4 camca teh bicarbonate soda
5.      1/4 camca teh garam
6.      150ml susu
7.      1 sudu besar gula
8.      45g mayonnaise
9.      Inti;
10.  Sepotong bawang besar-dicincang(dlm 1-2 sudu besar)
11.  Seulas bawang putih-diracik halus
12.  50g daging ayam-dipotong dadu
13.  Sebiji kentang-dipotong dadu
14.  Sebiji telur-scramble egg (optional)
15.  2 sudu besar mix vege
16.  1 sudu besar serbuk kari
17.  Garam dan gula secukup rasa
18.  Coating;
19.  Sebiji telur
20.  20g serbuk roti
21.  Minyak utk menumis dan menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:
1.      Inti-tumis bawang besar dan bawang putih.
2.      Masukkan ayam, kentang dan sedikit air.
3.      Selepas 5minit (lebih-kurang ayam dan kentang separuh masak/empuk), masukkan mix vege, scramble egg dan serbuk kari yangg dah dilarutkn dlm air panas.
4.      Masukkan air secukupnya hingga kentang empuk.
5.      Tambah garam dan gula secukup rasa.masak hingga kering.
6.      Dough-gaul semua bahan, uli hingga sekata.
7.      Bahagikan kpd 8-10 bahagian(bulat2).
8.      Tekan-tekan/tarik-tarik biar jadi kepingan bulat yg leper(lagi nipis lagi bagus..boleh letak inti byk2).
9.      Letak inti atas kepingan dough(1-2 sudu/semaksimum yg boleh) kemudian tutup rapat2.
10.  Celupkan roti yg sudah siap dlm telur yg dipukul kemudian guling2kn atas serbuk roti.
11.  Masak dgn minyak byk(kalau minyak separuh je, pandai2la paling2kan supaya masak sama-rate) sampai warna keperang-perangan.

0 comments:

Post a Comment